Thursday, December 8, 2011

Karnival Pra Sekolah...

salam peeps...

sebenarnya event ni dh lama dah..baru nk post arini..hehehe..aku pun tak ingat bila maybe dlm bulan 10 kalau tak silap.beginilah jadinya klu tidak rajin untuk mengupdate..huhu.seperti biasa aku bertanggungjawab membantu  guru prasekolah dalam aktiviti membuat kolaj. seawal pagi murid2 pra telah hadir ke sekolah kami dengan didiringi oleh guru pengiring. Tiga acara yang dipertandingkan, colouring contest, kolaj dan membuat doh....

diaorang ni sgt2 lah cute pastu kreatif plak tu....sebelum acara bermula kami ni telah dibriefing supaya memastikan kanak2 ni bagitau klu2 mereka ni nk ke toilet...yelah mereka ni kanak2 kecil tentu kadang2 ada rasa takut dalam diri mereka...lagilah persekitaran yang mereka yang tak biasa.mulut ni memang sentiasa bagitau 'siapa nk ke tandas bagitau cikgu' berulang2. Alhamdulillah mereka ni bijak...tapi..ada juga murid yang ter'wiwi' dalam dewan....nasib lah masa dh nk habis...

murid2 ni telah dibekalkan oleh guru mereka bahan-bahan untuk membuat kolaj.Hanya gambar sahaja yang dibekalkan oleh tuan rumah.Macam-macam ada..kacang, manik, kertas, kacang dhal, kacang kuda.bunga lawang, kayu manis..ala2 master chef plak..sungguh bersemangat kanak2 ni...hihi seronok tengok mereka...masa diberi selama 2 jam..tapi ada juga yang mula bosan untuk menyiapkan kolaj mereka...






 inilah hasil seni budak2 ni...sangat cantik dan kreatif...inilah anak-anak permata negara..:D

No comments:

Post a Comment